>
Mig33 Purple Blogspot
this site the web

ayumi02 in memory

Pada pagi Rabu yang lalu bersamaan 3rd Oktober 2010 seorang sahabat dari mig33 bernama Mitchelle atau id mig33 ayumi02 telah pun pergi meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya. Beliau menghidapi leukimia dan telah menderita sejak beberapa tahun lalu. Beliau berbangsa cina, beragama Buddha dan berasal dari Sarawak, Malaysia dan bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dibenarkan bercuti dari menjalankan tugas sehingga penyakitnya pulih. Beliau telah aktif di chat mig33 sejak dari tahun 2006. Sebagaimana yang dikenali , beliau merupakan seorang gadis yang periang, peramah, lucu dan kuat semangat dalam menghadapi liku kehidupan. Dengan berperwatakan seorang periang itu menjadikan beliau mudah didampingi dan didekati. Gurau senda tawa ria sentiasa bersama dengannya walaupun kadang-kadang tawa nya itu bukan lahir dari hatinya yang ikhlas. Beliau bersemangat tinggi dalam memerangi kanser yang dihidapainya malah tidak pernah putus asa berperang untuk terus hidup. Ini membuatkan kami berasa amat kagum dengannya. Beliau telah meninggalkan bumi Sarawak untuk menjalani rawatan lanjutan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur dengan menyewa rumah berhadapan hospital selama lebih kurang 2 tahun dengan berulang alik ke hospital menggunakan kerusi roda. Akibat dari penyakit leukimia yang dihidapi yang semakin kronik itu, beliau telah beberapa kali menjalani pembedahan sehingga pihak hospital mengakui bahawa harapan untuk dia pulih semakin tipis. Namun dengan berbekalkan semangat yang kental, beliau terus berusaha mengambil alternatif lain melalui perubatan tradisional dan tabib cina. Namun beliau hanya mampu berusaha tetapi Tuhan itu lebih berkuasa dan berkehendak dan akhirnya beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi 3rd November lalu setelah lebih seminggu keluar dari hospital. Beliau meninggalkan satu kesan abadi yang mendalam untuk kami terus mengingatinya buat selama-lamanya. Kami rakan dari mig33 amat terasa akan kehilangan beliau dan akan sentiasa mengingati dan merinduinya dan marilah kita semua memaafkan segala salah dan silap semasa hayatnya. Sehubungan itu kami mengucapkan Takziah keatas seluruh keluarga beliau. May God bless her and her soul.. REST IN PEACE!


















* Inilah gambar-gambar yang di kirim oleh ayumi02 selepas pembedahan Bone Marrow Transplant pada March 2010 dan dan dibawah adalah pesanan terakhir beliau di  FORUM MIG33PORTAL

" hmmph i pape pun xnak, just nak badan sihat smula jea... kawan2 smua,jaga kesihatan btl2. jgn da terkena, baru nak menyesal..love yr life.. tu je la.. skian.. paipai.. "

2 comments:

Anonymous said...

teringat kat gambar lidah tuh yg ayumi pernah bagitau sakit sgt2 sehingga pernah keluar air mata dia sbb nak tahan sakit kat lidah tuh. isk! isk!

Anonymous said...

Nak cakap apa lagi ye... Smua dah kehendak Tuhan. Dia dah berjuang tetapi Tuhan berkehendak lain. Walaupun dia telah pergi namun, kenangan bersamanya takkan dilupakan. Kelamnya hati saat dia pergi untuk selamanya dan takkan kembali, kami tau ini bukan kemahuanmu... Takdir yang menentukn kita telah berpisah. Selamat jalan, selamat tinggal. Walau kita tak akn bertemu lagi, kau tetap sahabat kami.

Post a Comment

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...